Friday, May 04, 2007

Derderai Sudah

Hati ku sudah hancur,
Tak mungkin akan kembali,
Biarlah aku sendiri untuk mengubati,
Hati yg telah diracuni dengan duri,
Yang tiada pernah ada akhrinya.

Seandainya sudah suratan takdir,
Akan aku terima seadanya dengan ikhlas,
Seandainya sudah tiada lagi nyawa di badan,
Janganlah dikenang kerana ia akan membinasakan.
Cukup sudah penderitaan aku di kali ini.

Usah, jangan diucapkan lagi kalimahmu itu,
Janganlah kamu berkata lagi kerana kata-katamu,
Sangat bisa dan pilu buat luka di hatiku ini untuk menerima,
Biarlah masa menentukan bila parutku ini akan sembuh,
Tiada makna untuk aku memaksa diri apakan lagi memaksamu.

Siapalah diriku ini?
Hanya sekadar seorang wanita,
Yang merindukan dakapan si jejaka,
Sesungguhnya tiada lagi pengganti,
Hilang sudah perasaan di jiwaku ini.

-Karya dari sudut pemikiran Junaidah

No comments:

Post a Comment