Wednesday, December 23, 2009

Entah

Tidak pasti tapi ku tahu,
Tidak ingin tapi ku mahu,
Mengapa fikiran dibelengu,
Di kala aku dilamun binggung?

Tidak sedar tapi terjadi,
Tidak sangka tapi menjadi,
Mengapa bahagia di kala sepi,
Namun air mata setia teman pipi?

Minda kosong fikiran kusut,
Hati sayu senyuman pun luput,
Siang mudah dan cepat menjadi malam,
Kenangan lalu senang menjadi memori silam.

Tidak dicari tapi terjumpa,
Hendak ceburi entah mengapa,
Bukan kawan tapi menegur sapa,
Hendak berkenalan entah bagaimana.

Tidak tahu tapi ingin belajar,
Kerana impian besar yang dikejar,
Tidak semua tapi pasti ada sedikit,
Kerana permulaan rata akan menjadi bukit.

Mari kita ceburi impian,
Mari kita mimpi akan kejayaan,
Impian ini akan mencatat kecapaian,
Mimpi indah pasti akan menjadi kenyataan.

-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah