Thursday, November 19, 2009

Demi Cinta

Mengapa kini, kasih?
Soalanmu membuatku keliru.
Mengapa hatiku merasa pedih?
Hatiku berat, lidahku kelu.

Tidak terjawab soalanmu.
Mengapa tersilap langkahku?
Hati rasa amat terharu.
Mengapa salah pilihanku?

Silapku kerana tidak bertanya,
Silapmu kerana tidak menanti,
Mungkinkah ini hanya balasan semata?
Atau mungkinkah ini dugaan suci dari Illahi?

Cemuhan, hinaan, persoalan,
Semuanya aku rela menghadapi,
Penantian menguji kesabaran,
Tetap ku akan cuba melalui.

Demi cinta tulus dan suci,
Aku rela berkorban apa sahaja,
Demi kasih ku yang kian berputik,
Aku akan terus menanti untuk bersama.

-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah