Wednesday, March 13, 2013

Tersirat

Indah pulau dikeliling laut,
Lagenda misteri dijadikan sejarah,
Kalau benar sucinya raut,
Maju kehadapan dedahkan wajah.

Bahasa berbunga sembunyi rasa,
Makna tersirat indah dihias,
Jika benar Tuan berjasa,
Sila buktikan dengan ikhlas.

Dari sudut pemikiran ku,
Junaidah

Thursday, January 24, 2013

Emosiku...

Sedihku kerana tangisanmu,
Gembiraku kerana senyumanmu,
Keghairahan ku kerana kejayaanmu,
Kesungguhanku kerana keyakinanmu.

Namun aku tersentak,
Begitu sungguh aku cuba,
Aku tetap seakan terlupa,
Dia masih yang utama.

Siapakah aku,
Hanya insan biasa,
Melalui ujian hidupku,
Walau perit, ku tetap teruja.

Terkedu rasa hati,
DiujiNya daku kerana sayang,
Terdiam daku dalam sepi,
Teringin hati menjadi dayang.

Ingin diberi masa,
Agar sempurna di mata,
Ingin diberi kasih sedalam boleh,
Agar dibimbing imam yang soleh.

Aku akan selalu menanti,
Menanti saat kau bersedia,
Akan aku setia menagih kasih,
Agar kita bersama hingga ke Syurga.

Maafkan daku jika aku terkasar bahasa,
Halalkan lah makan minum ku selalu,
Aku akan selalu memaafkanmu sentiasa,
Apa ada pada aku hanyalah layak dimiliki mu.

-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah

Saturday, January 19, 2013

Blissful

Before I was just hoping,
Then I was patiently waiting,
Before I was afraid of loving,
Then I was afraid of losing.

Before it was planning,
Then it was executing,
The colours we chose,
The theme we picked.

The design I sketched,
The fabric I picked,
The favours I crocheted,
A dream came true for me.

A lifelong dream of my marriage,
More than a dream of a flawless wedding,
A dream to have a husband like dad,
Who will always protect me forever.

Blissful is my life,
That my prayers was answered,
A man who loves unconditionally,
Accepted and has taken me as his wife.

Blissful is my life,
Love surrounds me,
Hate distances from me,
Blissful has a rough journey.

- A piece of Junaidah's thoughts