Friday, May 11, 2007

Kini Kau Kembali

Setelah kau hancuri impianku,
Kau kini merayu agar ku kembali,
Dan aku langsung segera menerimamu,
Keperitan yang aku lalui langsung hilang.

Mungkinkah akan berulang,
Peristiwa yang amat berbisa ini?
Atau mungkinkah kau kini sedar,
Bahawa aku benar menyintaimu?

Adakah perasaan di hatimu itu cinta?
Adakah kau benar menyayangiku?
Adakah kau merasakan keperitanku?
Atau hanya sekadar inginkan teman?

Bukan ku ingin meragumu, Sayang..
Tetapi hati kecil ku ini takut sengsara,
Bukan ku ingin mencabar ketulusan cinta,
Tetapi, Sayang, aku sebenarnya takut kecewa.

Sememangnya ibuku pernah berpesan,
Jangan dikau tinggal di tepian pantai,
Jika kau takutkan ombak melanda,
Namun, demi keindahan pantai, aku mencuba.

Mulanya ku rasa aman,
Mendapat sinar matahari,
Yang memancar indah di lautan,
Menikmati angin yang meniup rambutku.

Dan bila senja tiba,
Aku dapat melihat,
Si Matahari membenamkan dirinya,
Sungguh indah memori malam itu.

Aku ingin kelebihan,
Lalu aku cuba berenang,
Supaya aku dekat dengannya,
Tetapi malang datang menimpa.

Aku hampir lemas ditarik ombak,
Sesak nafas ku mencengkam dada,
Aku terus mencuba untuk ke darat,
Alhamdulillah aku kini selamat...

Tetapi aku kini diselimuti ketakutan,
Takut untuk cuba berenang lagi,
Takut ditelan ombak sekali lagi,
Tetapi aku masih juga di tepian pantai...

Demi keindahan pantai,
Aku rela berisiko jika ombak kembali,
Demi memori dgn si Matahari,
Aku rela merasa kehangatannya...

-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah