Harapanku hancur sekali lagi,
Dengan hati yang kembali retak,
Aku beranikan diri untuk melangkah pergi,
Lantas kau beri aku alasan kukuh yang teragak.
Hatiku berat menerima alasanmu,
Tidak sanggup aku biarkan hatiku luka,
Namunku sambut dengan ungkapan terima kasih padamu,
Terima kasih kerana kesilapanmu yang tidak pernah sudah.
Harapanku agar kita dapat berbincang,
Namun kau sering sahaja terlalu sibuk,
Sering sekali kita bertemu dikala kau kepenatan,
Kelibat mu yang letih tidak bermaya melembutkan hati remuk.
Tidak sanggup ku rasa,
Untuk menambah beban padamu,
Namun semua itu hanya sia-sia,
Kau tidak perasan pengorbananku.
Semut di seberang laut kau lihat,
Namun gajah yang berada di depan mu,
Kau buat bersahaja langsung tidak dihiraukan,
Aku hanya seorang wanita yang sering disalahkan.
Kau kata aku sering buat kau serba salah,
Tapi sayang kau juga buat aku sebegitu rupa,
Mengapa menjadi satu beban untuk kami bicara?
Sedangkan ianya sepatutnya membantu huraikan masalah...
-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah
Monday, July 06, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)