Kekasih ke semberang tambak, Kerja pula semakin belambak, Sedang dilamun rindu yang teramat sangat, Datang pula racun kesunyian menyengat. Aku dilamun cinta dan rindu, Setelah lama tidak dibelai sayang, Aku seakan lemah dengan janjimu, Dapatkah mimpi menjadi benar, sayang? Aku terlalu impikan teman, Hingga diracun desakan hati, Racun kesunyian ganti rasa aman, Mengapa sebegini rupa ujian mencari cinta sejati? Sayang, aku takut. Aku tidak mahu gagal lagi, Sayang, usahlah dikau ingkari janjimu, Kerana itu akan menghancuri hatiku beribu kali. Racun kesunyian ini telah memakan hatiku, Dapatkah kau mencari penawar mengubati sakitku? Musnahkanlah racun kesunyian yang datang ke jiwaku, Berilah aku penawar, izinkan aku selalu bermanja disisimu... |
Monday, February 01, 2010
Racun Kesunyian
Subscribe to:
Posts (Atom)