Sunday, January 03, 2010

Jawablah, teman...

Soalan hati menanti jawapan,
Bisakah dirimu menerangkan padaku?
Perasaan yang menyelubungiku mengelirukan,
Aku takut namun aku senang bila bersamamu.

Minda sering berdialog bersama hati,
Adakah ini hanya persahabatan murni?
Apakah mungkin ada perasaan yang melebihi?
Atau ini hanyalah mainan hati dan illusi?

Bila kau disisi aku,
Aku rasa senang dan gembira,
Sering tertawa dan tersenyum,
Walaupun hatiku ini retak merana.

Aku tahu aku belum sedia,
Kerana baru patah hati aku serik,
Namun kau memberiku harapan semula,
Apakah ikhlas harapan yang kau beri?

Adakah aku yang sedang bermimpi,
Mengharapkan pada yang tiada wujudnya,
Ibarat menanti ombak memukul di dasar ini,
Membinasakan istana pasir yang ku bina indahnya.

Aku tak mungkin akan sedia,
Namun aku ingin terus berteman,
Aku sudah terbiasa dengan dirimu,
Terasa kosong bila tidak bertemu.

Aku takut, teman.
Aku inginkan jawapanmu.
Apakah ini hanya illusi di alam mimpiku,
Ataupun ada kemungkinan bunga akan berputik semula?

Diriku ibarat bunga layu,
Tiada harum mahupun rupa,
Mengapa dikau mahu mendekati aku,
Sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa?

Apakah mungkin ada harapan bagi ku?
Untuk mengecapi kebahagiaan yang ku idami?
Dapatkah aku terus bersabar melayari cubaan hidup?
Masihkah ada jodoh buat diriku yang serba kekurangan?

Haruskah aku memperingatkan diri,
Tiada mungkin kau akan menerimaku,
Diri yang serba kekurangan ini,
Hanya layak sebagai kawan buatmu.

Haruskah aku biarkan masa beritahu?
Di mana kita akan berada di masa depan?
Sesungguhnya aku tidak akan pernah tahu,
Jika aku jodohmu, atau hanya sekadar teman.

Maafkan aku kerana membenarkan minda ku berkata,
Dalam diam perasaan aku membuak tanpa tanda-tanda,
Tanpa aku sedari aku telah mewujudkan rasa sayang,
Tidak ku percaya, tidak ku tahu, bila mulanya, bila akhirnya.

Katakan pada ku, kasih.
Apakah mungkin antara kita,
Ataukah ini semua hanya imaginasi,
Jujur la padaku, mungkin atau mustahil bagi kita?

-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah