Sedihku kerana tangisanmu,
Gembiraku kerana senyumanmu,
Keghairahan ku kerana kejayaanmu,
Kesungguhanku kerana keyakinanmu.
Namun aku tersentak,
Begitu sungguh aku cuba,
Aku tetap seakan terlupa,
Dia masih yang utama.
Siapakah aku,
Hanya insan biasa,
Melalui ujian hidupku,
Walau perit, ku tetap teruja.
Terkedu rasa hati,
DiujiNya daku kerana sayang,
Terdiam daku dalam sepi,
Teringin hati menjadi dayang.
Ingin diberi masa,
Agar sempurna di mata,
Ingin diberi kasih sedalam boleh,
Agar dibimbing imam yang soleh.
Aku akan selalu menanti,
Menanti saat kau bersedia,
Akan aku setia menagih kasih,
Agar kita bersama hingga ke Syurga.
Maafkan daku jika aku terkasar bahasa,
Halalkan lah makan minum ku selalu,
Aku akan selalu memaafkanmu sentiasa,
Apa ada pada aku hanyalah layak dimiliki mu.
-Sebuah karya dari sudut pemikiran Junaidah